Latar Belakang
Pokok hujan-hujan (Samanea saman) merupakan pokok naungan dan landskap yang popular dan menarik. Terdapat pokok hujan-hujan termutasi yang dikenali sebagai pokok hujan-hujan kuning atau 'yellow rain tree' (YRT). Daun YRT berubah daripada hijau pucat menjadi kuning muda dan kemudian kuning keemasan sebelum gugur. Pokok ini sangat unik, ketika ini ia adalah satu-satunya pokok yang boleh memberikan kesan musim luruh di kawasan tropika. Sekiranya pokok ini ditanam sebaris atau berkumpulan, kesan musim luruh dapat dilihat dengan lebih ketara.